Datuk Bandar Chicago Lori Lightfoot

Kempen

Pada 10 Mei 2018, Lori Lightfoot mengumumkan pencalonannya untuk Datuk Bandar Chicago dalam pilihan raya datuk bandar 2019.[5] Lightfoot merupakan calon lesbian terbuka pertama dalam sejarah Chicago.[6] Beliau bersama-sama dengan Toni Preckwinkle, mara ke pemilihan akhir pada 2 April.[7] Beberapa aktivis menentangnya menjadi datuk bandar kerana beliau bekerja bersama dengan polis.[8]

Pada 2 April 2019, Lori Lightfoot memenangi pilihan raya tersebut, menjadi wanita Afrika-Amerika dan individu lesbian terbuka pertama yang terpilih menjadi datuk bandar Chicago.[9] Beliau mendapat 77% undi manakala Preckwinkle memperoleh 23%.

Tempoh

Lightfoot memegang jawatan pada 20 Mei 2019.[10] Beberapa hari kemudian, Lightfoot memilih Tom Tunney sebagai Naib Datuk Bandar.[11] Orang ramai terus membantahnya, terutama semasa gerakan Black Lives Matter menjadi lebih besar setelah George Floyd terbunuh.[12]

Rujukan

WikiPedia: Lori Lightfoot http://abc7chicago.com/politics/lori-lightfoot-run... http://www.chicagotribune.com/news/local/politics/... https://www.chicagotribune.com/news/local/politics... https://www.chicagotribune.com/politics/ct-met-act... https://www.cnn.com/2019/04/02/us/chicago-mayoral-... https://www.cnn.com/2020/07/19/us/chicago-protest-... https://chicago.gopride.com/news/article.cfm/artic... https://logansquarist.com/2018/08/a-potential-mayo... https://chicago.suntimes.com/city-hall/2019/5/17/1... https://chicago.suntimes.com/columnists/lori-light...